Tuesday, 3 April 2012

PRAISE VALLEY TRADEMARK LOGO

LOGO INI MERUPAKAN HASIL CIPTAAN BERSAMA YANG DI-CREATE OLEH GLEN ANDREW UDAN. SIMPLE AND SENANG DIINGATI, GOD BLESS U ALL DAN DAPATKAN STICKER PV INI DI GEREJA BERHARGA RM 3

The Haleluyah & Menjadi TerangMu song by Rhemedy Anthony & Andersen Lani

Asalnya dua buah lagu ini hasil ciptaan oleh Saudara Rhemedy Anthony & Saudara Andersen Lani mau buat dalam bentuk Jazz/RnB stail tetapi rencana Tuhan menukarnya menjadi sebuah lagu penyembahan bertemakan stail sentimental & Contemporary yang baru. Dari sini juga, saudara Rhemedy atau nama panggilannya, Ochey...tengah mempraktikkan suaranya dengan mencapai tahap nafas yang tak pernah dilakukannya, sebegitu juga dengan Andersen atau nama lainnya, Sean..mempraktikkan lagu ikut tempo beat (BPM)...dan yang pertama kali buat mereka untuk mengikuti BEAT dalam nyanyian kali ini...Cara Tuhan sangat indah buat kita semua, melalui lagu yang digubah untukNya. Lagu Menjadi TerangMu merupakan permulaan lagu dalam album Praise Valley yang dicipta merupakan lagu pertama yang pernah di-collaborate bersama dan dibawa semasa kesaksian gereja pada Januari 2011...sejurus itu baharu lagu Haleluyah,  yang dibawa semasa Mac 2011...sememangnya para pencipta lagu tersebut terkejut sendiri kerana tak menyangka lagu ini akan dipilih dalam album pertama Praise Valley, dua buah lagu hasil ciptaan gandingan bersama dua orang anak muda kami yang empunya stail sendiri namun kerana Tuhan, hasilnya LUMAYAN!

Oleh kerana mau juga letakkan muzik stail Jazz dan RnB jadi mereka berdua bersama dengan teman-teman yang lain mencipta lagu Krismas yang berjudulkan REMEMBER THIS CHRISTMAS (bukan dalam album)...dan selepas itu lagu khas VALENTINE iaitu "YOUR LOVE" (bukan dalam album juga) merupakan lagu CINTA mereka buat Tuhan...antara muzik rentak moden yang dicipta oleh mereka.

Selain itu, lirik lagu HALELUYAH dan MENJADI TERANGMU juga ada yang diubah sebelum rekoding untuk lebih Prophetic dan antap ayat Firman Tuhan yang disampaikan untuk menyentuh hati setiap para pendengar lagu Praise Valley ini. Teruskan support kami dalam doa dan setiap kami di sini, kami akui banyak kekurangan kami, tak lebih dari apa yang diharapkan namun kami inilah kami seadanya untuk Tuhan, sama-samalah kita mendukung lagu rohani di MALAYSIA ini dengan nyanyian baru, persembahan yang harum di hadapanNya, amen!

ALBUM PRAISE VALLEY AKAN RELEASE TAK LAMA LAGI!!!